Dunia Pangkalan Data
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
|
|
Tajuk
|
DUNIA
PANGKALAN DATA
|
Topik
|
1.0 Pengenalan
Kepada Pangkalan Data
|
A. Objektif
Pada akhir sesi
guru dapat:
1.
Membanding beza data
dan maklumat.
2.
Memberi pengertian dan
kepentingan pangkalan data.
3.
Menstrukturkan kaedah
penyimpanan data secara bermakna.
4.
Menunjukkan secara
grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data.
5.
Menyatakan ciri-ciri Pangkalan
Data.
|
|
B. Kandungan
Pengajaran
1.
Pengertian Data dan Maklumat.
2.
Pangkalan Data.
3.
Perkembangan
Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik.
4.
Rekabentuk dan Model Pangkalan Data.
5.
Organisasi Pangkalan Data.
|
|
1. PENGERTIAN
DATA DAN MAKLUMAT
Data
|
·
Markah
ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam
satu kelas.
|
·
Data
merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang
atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar
·
Data
boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga
fakta-fakta tersebut diproses.
|
Definisi
|
Contoh
|
·
Maklumat
merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data
yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
·
Maklumat
yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.
|
·
Purata
markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk satu kelas.
|
.Maklumat
|
2. PANGKALAN
DATA
i.
Pengenalan Pangkalan Data
·
Pangkalan data
boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data.
·
Pangkalan data
ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara
elektronik.
·
Pangkalan data
ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau dikemaskini.
|
ii.
Sistem Fail
·
Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua
maklumat dalaman dan luaran yang berkaitan dengan sesuatu projek, produk,
tugas, pelanggan atau pekerja.
·
Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara
manual, data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi tujuan mudah dicapai dan
sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut
·
Kemudian
diperkenalkan data dalam sistem
berkomputer yang disimpan dengan menggunakan sistem fail biasa.
·
Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan
untuk membina sistem pemprosesan data yang banyak bagi menyokong
aplikasi-aplikasi di organisasi yang memerlukannya.
·
Pangkalan data merupakan himpunan data-data
berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi
memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
|
iii.
Sistem Fail Biasa Secara
Berkomputer
Sistem Fail –
Sistem Pengurusan Pangkalan Data
|
Kelemahan Sistem Fail Secara Manual
|
·
Rekod
sukar diubah
|
·
Memerlukan
masa yang panjang untuk proses carian
|
·
Memerlukan
lokasi penyimpanan fail yang besar
|
·
Pengulangan
Data
|
Tiada kawalan pusat boleh
menyebabkan data yang sama disimpan berulangkali
|
·
Data
Lewah
|
Data atau rekod yang sama disimpan
dalam dua atau lebih fail
|
·
Ketidakselarasan
Data
|
Data
dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain yang disimpan oleh
jabatan lain.
|
·
Kawalan
Data Yang Lemah
|
Terdapat
jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap
|
·
Pengasingan
Data
|
Data
disimpan berasingan menyukarkan proses penggabungan maklumat
|
·
Kebersandaran
Format Data
|
Fail
disimpan dalam format berlainan menyebabkan ia sukar untuk dikemas kini dan
diproses
|
Kebaikan Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan
Pangkalan Data
|
·
Mengelakkan
pengulangan dan lewahan data
|
·
Keselarasan
data lebih terjamin
·
ahan
data
|
·
Memudahkan
kawalan dan perkongsian data
·
ahan
data
|
·
Capaian
data lebih pantas dan tepat
·
ahan
data
|
Kelemahan Sistem Fail Secara
Berkomputer
|
·
Keselamatan
data lebih terjamin
|
·
Kebebasan
format data yang disimpan
·
ahan
data
|
·
Mampu
menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serentak
·
ahan
data
|
3. Perkembangan
Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik
·
Secara ringkasnya sejarah
pembangunan sistem pengurusan pangkalan data secara elektronik ini boleh
dibahagikan kepada 3 generasi.
·
Generasi pertama ini bermula
sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information Management System
(IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang
berasaskan kepada hirarki.
·
Generasi kedua
merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian sistem
pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang dibangunkan
oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.
·
Generasi terkini
telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan pengaturcaraan
berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan data XML dan NoSQL
menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pangkalan data. Sistem
pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data yang berorientasikan
struktur dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula merupakan sistem
pangkalan data yang yang menyediakan mekanisma penyimpanan dan capaian
semula data dan maklumat.
|
4. REKABENTUK
DAN MODEL PANGKALAN DATA
Rekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk
logikal struktur asas penyusunan data untuk penyimpanan data.
Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan
struktur logikal bagaimana data itu disimpan, disusun dan dikendalikan.
Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang
digunakan iaitu:
·
Model
Hirarki (Hierarical Database Model)
·
Model
Jaringan (Network Model)
·
Model
Hubungan (Relational Model)
·
Model
Hubungan Entiti (Entity-relational Model)
Pertimbangan dalam merekabentuk
pangkalan data
Tujuan pangkalan
data
·
Perlu
mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data tersebut. Ini
bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai subjek tersebut
(atribut) yang perlu disimpan.
Apakah Itu Entiti Dan Atribut?
Entiti
|
Atribut
|
Suatu objek unik dan boleh dikenal pasti
dalam sesuatu persekitaran seperti orang, tempat atau benda yang boleh
dikutip dan disimpan sebagai data.
|
Ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entiti
Contoh:
Entiti = Murid
Atribut untuk Murid adalah seperti:
·
Nombor kad
pengenalan
·
Nama
·
Tarikh Lahir
·
Alamat
·
Kelas
|
Nama
|
Tarikh
lahir
|
Alamat
|
Kelas
|
Nombor
kad pengenalan
|
Murid
|
Entiti
|
Atribut
|
JENIS DATA
Teks
|
Mengandungi
teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau
logik.
Contoh
: Nama murid, nombor kad pengenalan dan umur
|
Nombor
|
Mengandungi
angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik.
Contoh
: Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6A
|
Tarikh/Masa
|
.
|
Mengandungi
data khusus untuk tarikh dan masa.
Contoh
: 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014
|
OLE Object
|
Mengandungi
data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain.
Contoh
: Gambar murid, gambar guru dan lagu
|
Organisasi Pangkalan Data
5. ORGANISASI
PANGKALAN DATA
Di
dalam pangkalan data, data-data akan disimpan dan direkod di dalam bentuk
jadual mengikut medan-medan yang telah ditentukan. Pangkalan data boleh
terdiri daripada satu atau lebih jadual. Gambar rajah di bawah adalah
contoh jadual yang terdiri daripada gabungan rekod dan medan.
|
Istilah
|
Keterangan
|
Jadual
|
·
Koleksi rekod-rekod yang berkaitan
|
Rekod
|
·
Koleksi medan yang berkaitan dan dalam
jadual
·
Selalunya medan berada pada kedudukan
baris dijadual.
|
Medan
|
·
Kombinasi satu atau lebih bait atau
aksara
·
Setiap medan diwakili oleh lajur pada
jadual
·
Medan merupakan unit terkecil dalam
sistem pangkalan data .
|
HIRARKI
DATA
Hirarki data adalah sebuah
piramid yang menunjukkan bagaimana data disusun dari unit yang kecil kepada
unit yang besar dan kemudian membentuk sebuah pangkalan data.
6.
CIRI-CIRI
PANGKALAN DATA
Pangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan
yang tertentu seperti dapat mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang
dikehendaki. Lihat jadual di bawah.
Operasi Asas
|
Kegunaan
|
Update (kemaskini)
|
·
Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di dalam fail/jadual.
Proses ini mungkin menambah, memadam atau mengubah isi kandungan rekod.
|
Insert (memasukkan)
|
·
Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.
|
Delete (memadam)
|
·
Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.
|
Sort (susun)
|
·
Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan kepada kriteria
tertentu seperti susunan rekod mengikut tarikh. Menyusun rekod mengikut
urutan “ascending”
( A ke Z) dan “descending”
( Z ke A)
|
Filter ( tapis)
|
·
Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.
|
Sistem Pengurusan Pangkalan
Data – Database Management System (DBMS)
Sistem
Pengurusan Pangkalan Data atau Database
Management System (DBMS) adalah satu sistem perisian yang membolehkan
pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemas kini, mengurus dan
menyelenggara pangkalan data. DBMS turut mengawal capaian terhadap data
dalam pangkalan data.
DBMS boleh dianggap
sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di mana ia
membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di dalam
pangkalan data.
Antara
DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus, FoxBASE
Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox
|
Comments
Post a Comment